Kenangan masa kecil dahulu adalah kenangan yang paling terindah..di fikiran ini hanya tahu akan kesenangan sahaja tiap hari hanya tahu main, bila sakit menangis..apa2 hal yang terjadi ibu dan bapa saja yang tahu, sentiasa melindungi dan menyayangi..masa kecil juga aku manja orangnya apa yang aku mahu mesti dapat..tapi yang ajaibnya aku tidak pernah minta sesuatu yang di luar kemampuan…
Meningkat remaja aku sudah pandai fikir akan kehidupan ini..susah senang keluarga pun aku sudah faham…aku bukan jua berasal dari keluarga yang senang..aku nampak bertapa susah payahnya bapa bekerja utk menampung kehidupan ini, bapa ku seorang polis… begitu juga mama berniaga utk kami..tapi mama memang minat buat semua itu dlm erti kata lain sudah menjadi hobinya…terima kasih mama bapa…aku bersyukur pada tuhan yang keluarga ku ini bukan juga susah terlampau..aku paling ingat kehidupan kami di barek polis..memang best sentiasa bahagia, kejiranan yg utuh..memang segala2nya indah2 belaka…
Selepas saja bapa pencen aku rasa mcm semuanya sudah bertukar..bapa dan mama tinggal di kampung, aku terpaksa tinggal di kk utk meneruskan pembelajaranku..aku tinggal di kk dengan abangku ngan seorang kakakku..kakakku yang sorang bekerja dan tinggal di tuaran dan sorang lagi kena posting di Sarawak..sedih hati ni sbb semua terpisah…tapi apa bleh buat sudah menjadi lumrah kehidupan manusia…
Masa aku tingkatan 6 atas aku rasa memang tahun yang amat menyedihkan sebab tahun 2005 itu aku kehilangan seorang sahabat baik dengan ayahndaku yang tercinta..susah utk digambarkan bertapa susah nya kehidupan yang aku lalui masa itu…tambahan lagi tahun itu aku menduduki STPM..hanya tuhan sahaja yang tahu perasaan ini..sahabatku meninggal kerana penyakit…selang 3 bulan kemudian bapa pula sakit aku amat sedih melihat keadaan bapa di hospital..sepanjang bulan ramadhan bapaku di tahan di wad kerana menghidapi penyakit barah…luluh hati ku mendengar kata2 doktor di saat itu...mama sentiasa di sisi bapa sepanjang ia di tahan…pada 1 hari tu doktor bagi tau kakak yg bapa ada masa 2 bulan lagi utk hidup..kakak terkedu dan ingin merahsiakan daripada kami namun abang paksa utk memberitahu..dgn linangan air mata akhirnya terbongkar jua..aku meraung dan mengigil. Ku rasa kehidupan ku masa itu menjadi gelap dan suram…
Namun kami adik beradik merahsiakan semua itu dari mama…kami tahu mama pun ada sakit, kami tidak mahu ia terkejut..tiap2 hari lepas saja sekolah aku akan pergi hospital temankan mama dengan bapa..sepanjang aku di hospital mcm2 pesanan bapa kepadaku..ia ckp ia nda lama lg di dunia ni, ia suruh jaga mama, ia suruh belajar rajin2 sampai masuk universiti dan kalau boleh biarlah universiti yg dekat2 saja sbb ia ckp aku boleh jaga dan liatkan mama…aku hanya mampu menahan air mata…tiap2 hari diri ini tidak henti2 berdoa moga bapaku sihat semula…
3 hari sebelum hari raya..kami sepakat adik beradik mau bawa bapa keluar dari wad dan beraya di kampung, namun apa yg berlaku sebaliknya…bapa sudah tidak mampu utk bangun..pagi tu ia nampak ok saja sempat lagi exercise, masa kami berbuka puasa 1 keluarga di wad bapa, bapa nampak lain2..ia minta kami jgn pulang..kami sudah sepakat supaya doktor setuju untuk kami bawa bapa pulang esoknya..namun apa yang kami terima dari kata2 doktor yang bapa ada masa 6 jam saja lagi….aku terduduk begitu juga mama..sukar utk di bayangkan bertapa sedih nya kami sekeluarga masa tu…abang ngan kakak menyuruh ambil air sembayang utk membaca yasin..semua ahli keluarga mama ngan bapa datang menjenguk buat kali terakhir…aku rasa saat itu kehidupanku pun turut berhenti… namun tuhan lebih menyanyangi bapa..bapa akhirnya meninggalkan dunia ini…harapan kami utk bawa bapa pulang memang jadi kenyataan namun hanya membawa jasadnya saja…esoknya bapa selamat dikebumikan..
Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami
Kerana takdir yang maha Esa telah menetapkan
Sedih rasanya hati ini bila mengenangkan
Oh ayahndaku
Sudah ditakdirkan kau pergi dulu
Di saat kau masih diperlukan
Tuhan lebih menyayangi dirimu
Ku pasrah di atas kehendak yg Esa..
Kerana takdir yang maha Esa telah menetapkan
Sedih rasanya hati ini bila mengenangkan
Oh ayahndaku
Sudah ditakdirkan kau pergi dulu
Di saat kau masih diperlukan
Tuhan lebih menyayangi dirimu
Ku pasrah di atas kehendak yg Esa..
Masa STPM selang seminggu ketiadaan bapa aku rasa amat lemah namun aku harus kuatkan semangat utk menempuhinya..aku akui keputusan ku merosot namun atas kehendak tuhan aku dpt jua keputusan yg membolehkan aku menjejaki kaki ke universiti..tapi jauh dari keluarga..mama dan adik beradikku menyuruhku melanjutkan pelajaran kesini..utk masuk ke sini bukan mudah bagiku, nasib baik UiTM byk menyediakan kemudahan kepada ku…selepas saja bapa meninggal susah utk kami meneruskan kehidupan kerana selama ini senang atau pun susah semua bapa yang uruskan..hari pertama aku menjejaki kaki ke universiti hanya sepupuku yg bawa..aku lihat orang lain masing2 dgn bapa mereka..aku jadi cemburu dan sedih tapi aku harus kuat aku mahu arwah bapa bangga dengan aku…
Kadang2 aku cemburu lihat kwn2 bercakap dgn bapa mereka di telefon cerita itu cerita ini..dalam hati ku kalau bapa masih ada macam2 aku mau bagi tahu ia…sekarang aku amat merindui bapa 2 bulan lagi hari jadi bapa…setiap saat apa yg aku buat mesti aku ingat kata2 bapa..nda lama lagi aku akan tamat kan pengajianku..sudah tiba masanya aku menjaga mama ku lagi…aku mahu membahgiakan mama…aku tidak mau ia bersedih biarlah ia sentiasa gembira bila bersama kami…sesukar2 hidup yg aku lalui sukar lagi kehidupan mama..insyaAllah bapa aku akan kotakan segala hasratmu kepadaku..moga kau aman di sana. Ya Allah tempatkannya di tempat yang mulia tempat yang dikau janjikan nikmat utk hambamu…semoga ayahndaku ditempatkan bersama org2 yg soleh.
Kepada semua yang masih mempunyai kedua ibu bapa, jaga la mereka dengan sepenuh kasih saying selagi hayat ada..bahagiakan mereka di dunia dan akhirat..jgn sekali2 menderhaka….

5 comments:
Buat sya insaf seketika :)
ku terharu...
=(
to april: seketika ja ko insaf pel..ish2 jaga la mama bapa ko baik2 ar..
to gadisku: apa gaya kan takdir hidup..
“Wahai Tuhanku! Ampunkanlah bagiku, dan bagi kedua ibu bapaku, serta bagi sesiapa yang masuk ke rumahku dengan keadaan beriman dan(ampunkanlah) bagi sekalian orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan dan janganlah Engkau tambahi orang-orang yang zalim melainkan kebinasaan!” [Nuh 71:28]
Post a Comment